Monday, December 23, 2013

Sahabat.



Apabila kita ingin berteman, janganlah kerana kelebihannya, 
kerana mungkin satu kelemahan, kau mungkin akan menjauhinya. 

                    Andai kau ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya, 
kerana mungkin dengan satu keburukan, kau akan membencinya.

                   Andai kau ingin sahabat yang satu, janganlah kerana ilmunya. 
Kerana apabila kita buntu kau mungkin akan menfitnahnya.

Andai kau ingin seorang kawan, janganlah kerana sifat cerianya,
 kerana andai dia tak pandai menceriakan, kau mungkin akan menyalahinya.

Andai kau seorang sahabat, terimalah dia seadanya, kerana dia seorang sahabat yang 
hanya manusia biasa. Jangan diharapkan semuanya sempurna kerana kau juga tidak sempurna.




   5 Delima. Kelas akaun 2013. Banyak kenangan dalam kelas ni. Terutamanya masa kelas akaun :p  Yang pakai tudung pink tu Cikgu Laila. Satu-satunya cikgu akaun dalam SMK Iskandar Shah. Benda yang tak boleh lupa sepanjang kelas akaun, ialah 'cubitan maut' dia lah. Dan semestinya, aku ialah antara orang yang selalu kena cubit. Haha. Satu soalan je tak dapat get ready je lah. Tapi masa hari terakhir sekolah sebelum SPM, Cikgu Laila sempat peluk and cakap, "Maryam, maafkan cikgu, cikgu buat semua tu sebab sayangkan kamu. Tak ada niat lain. Buat betul2 SPM" dia sempat cakap kat kitaorang "saya anggap kamu dah macam anak-anak" tak sangka kata-kata tu keluar dari mulut cikgu. Terharu sangat. Semua orang yang ada dalam kelas tu semua menangis. Termasuk aku yang hati kering ni (cewahh) sebak sebab lepas ni tak ada lagi 'cubitan maut' dari cikgu :')





  Ini kawan. Ya, aku gelar mereka sahabat. Yang paling kiri, nama dia shazriena. Dia non-muslim, christian. Tapi dia sangat meminati islam. Mungkin keadaan sekeliling dia banyak mempengaruhi. Kawan semua dengan orang Islam. Dia tahu banyak pasal Islam, pandai baca al-fatihah, dan yang paling aku respect dia minat dengan rancangan-rancangan ilmu agama macam, rancangan realiti Pecetus Ummah. Dia pernah kata, tak sabar nak tunggu umur 18, nak masuk Islam katanya. Alhamdulilah :') gembira aku dengar. Allah buka pintu hati dia untuk menerima hidayah. Yang kanan sekali nama dia Shazrren. Ini lah artis sekolah kita orang. Dia ni penyanyi, suara ala-ala Dato' Siti Nurhaliza. Nama pun nak dekat sama, Siti Nur Shazreen.  Dia ni ada nama manja, 'cik baby'. Haha. Sebabnya dia ni anak bongsu. Shazreen ni selalu teman aku berpot-pet. Maklumlah, dua-dua memang suka potpet. Dia ni gila-gila. So, aku rasa senang sangat bila dengan dia orang ni. Suka merepek, buat kelakar, boleh kongsi cerita, dan yang paling penting, pandai  simpan rahsia :) 




Ini Yon Yee Seng. Jiran aku dalam kelas. Duduk sebelah aku, dia ni suka buat aku macam 'punching bag'. Suka tumbuk lengan aku. Dia ni suka main-main dalam kelas, TAPI. Akaun dan mathematic dia selalu dapat A+ semua orang dalam kelas tu lah cemburu dengan dia, nampak macam tak belajar, tapi pandai kot. Aku selalu tanya pasal akaun kat dia, sampai dia naik bengang. Sampai satu masa bila aku tanya dia pasal akaun, dia akan jawab dengan loghat Cina dia tu "tanya bapak awak lah, bapak awak cikgu akaun kan, suruh dia ajar lah'" then aku pun duduk lah sorang-sorang sambil tengok dia buat akaun, laju gila, tak boleh nak kejar. Dia selalu panggil aku 'moks'. Dia lah yang mulakan panggilan tu, then semua orang ikut panggil 'moks'. Dapat gelaran lagi -,-' haha. 





Ini lah mia. Nama penuh, Nor Fara Damia Abd Aziz. Dia lah kawan pertama aku masa mula-mula masuk alam sekolah menengah ni. Kita orang rapat sangat masa tingkatan 1-3 sampai dia anggap aku ni kakak. Tapi, kita orang berpisah kelas masa tingkatan 4, dia ambil aliran sains, aku pulak perakaunan. Kelas pun jauh-jauh, so masing-masing bawak diri. Tapi kadang-kadang sempat jugak borak-borak dengan dia. Kenangan dengan dia terlalu banyak untuk aku ceritakan. Pahit, manis semua aku dah lalui. ejujurnya aku rindukan persahabatan yang macam dulu dengan dia. Aku hanya mampu doakan semoga kau berjaya and bahagia dalam hidup kau ok kawan! Till the next time :)




Ini juga antara kawan Cina yang aku rapat, Soh Wee Kiat. Kpop lovers. Baru-baru ni aku dapat tau dia dye rambut ala-ala Gdragon. Tapi sayang, kena botak juga, sebab dia masuk PLKN xD congratulations! 



 Shazriena and Hafiszuan, kawan sejak dari sekolah rendah :)



Peluk-peluk dulu dengan cikgu Laila. Masa ni sebak gila x'(


Budak sekolah in action. Haha. Mereka semua adalah sahabat :)
Cukuplah sampai sini aku cerita sedikit kenangan masa sekolah 
menengah. Kenanganmu terlalu besar. Dan tak akan pernah
aku lupakan.


Sahabat,
di saat kita nikmati kebersamaan banyak hal yang terlewat kan begitu saja
keceriaan, canda dan tawa semuanya mengalir begitu saja 
waktu yang tersisah seolah tak mampu menampung nya dan waktu yang sangatlah singkat membuat ku teringat kepada mu sahabat ..

Semua kenangan - kenangan itu tak terasa ,pergi meninggalkan segala kegembiraan 
serta canda dan tawa mu satu persatu hilang sekejap mata 
ada beribu senyum saat terlintas memori yang dulu kala 

Sahabat,
semua yang pernah kita jalani hari demi hari, waktu demi waktu telah kita lalui semuanya.

Banyak hal yang pernah terjadi kerana itulah jalan hidup yang kita miliki 
kadang benci, kesal, dan kecewa serta rasa senang dan sayang 
sungguh luar biasa, apa yang telah kita lalui bersama..

Ya Tuhan..
jagalah dan lindungilah
sahabat-sahabat ku 
keraa mereka adalah sahabat terbaiku selamanya 

     xoxo

No comments:

Post a Comment