Friday, August 22, 2014

Childhood : 6 Random Things I Miss


Hello people. Entri aku kali ni nak nostalgia sikit benda-benda yang aku rindu masa zaman kanak2 dulu. Wuish bila teringat balik tergelak sorang2. Aku membesar kat Sungai Buloh, Selangor. Masa darjah 5 baru pindah Melaka ikut ayah atas urusan kerja.


#1 Games

Benda pertama yang paling aku rindu sekali ialah game. Hehe. Sebab aku ni 'agak' kaki game jugak lah. Masa tu PS1 tengah top gila. Selalu main Super Mario, Final Fantasy, Metal Slug etc etc. Game boy pun tengah top masa tu. Selalu berebut main dengan abang. Tapi sekarang semua game main dekat handphone kan. Contohnya, Clash of Clans yang tengah top sekarang. Addict gila game tu wei! Haha. Sekarang, aku suka main game zombie macam Resident Evil, Left 4 Dead 2, and and sampai sekarang masih setia main Counter Strike tu hahaha (dont judge)




Brick game, legend.



#2 Toys

Mainan yang paling aku ingat masa kecik2 dulu lego lah of course. Haha bersepah2 kalau lepas main, buat istana lah, pastu acah2 macam ada bodyguard kan. Haha. Dah main lepastu tak kemas, kekadang terpijak sakit wei. And aku ingat masa tu beyblade tengah top. Alaa gasing besi bila laga2 nanti dia keluar api tu. Patung gundam pun sama, boleh letak guli tengah2 badan dia tu. Hihi. Kereta control Gen 3 paling aku ingat lah, masa tu darjah 3, mintak ayah dia tak bagi, katanya tu mainan lelaki  so aku pun gigih kumpul duit raya semata-mata nak beli Gen 3 muehehe.




Siapa pernah main ni sila angkat tangan! Selalu main dengan abang, siap buat kubu hahaha



#3 Jajan

Kenapa orang panggil jajan eh, taktau dari mana asal usul perkataan jajan ni. Haha. Btw, jajan benda yang wajib beli lepas balik sekolah. Mana taknya, kedai jajan sebelah sekolah je. Tora2 mesti korang tau kan. Yang ada coklat bola dalam plastik tu, pastu nanti dapat mainan sekali. Hahaha. And then, chewing gum yang ada gambar kartun tu, pastu lekat kat tangan. Acah2 ada tattoo LOL.



Our childhood memories.


#4 Cartoon Television Program

Setiap pagi dah siap2 bukak tv nak tengok cerita kartun. Sekolah rendah dulu sesi petang, akak and abang semua sekolah pagi, tinggal dengan bibik je, so memang tv tu aku yang punyaa muahaha. Korang mesti tau kartun Pingu kan, alaa yang suka buat noot noot! Haha. Lepas habis satu channel, cerita Hey Arnold pula. Kalau hujung minggu pulak tunggu Dragon Ball. Satu keluarga engkoo tengok. Haha.


           
                   Meme, actually. But still cute.


#5 Outdoor Activities

Biasanya setiap petang selalu main police and thieves dengan jiran and abang2. Semua lelaki, aku sorang budak kecik menyelit. Well, sebenarnya dari kecik ingat polis entri tau, dah besar ni baru tau police and thieves. "police and thieves want to jaga, police mati pencuri jaga" lols. Rindunya. Lagi satu teng teng. Wajib tu, boleh bawak bergaduh kalau kalah. Haha. Main baling selipar pun selalu jugak. Lepas dah buat sepah tak reti kemas, pastu kena marah haha.


#6 Shoes

Kasut? Kenapa kasut? Sebab dulu boleh dikatakan setiap bulan tukar kasut. Kasut yang jenis ada lampu tu. Haha. Lagi satu kasut yang ada roda satu tu. Tipulah kalau korang tak pernah pakai xD. Asyik tukar kasut sampai bercita-cita nak bukak kedai kasut sendiri. Tapi dulu lah. Sekarang dah besar panjang, dah boleh kahwin berdikari. Taktau masa kecik dulu mengada jugak aku. Hahaha. Dari atas sampai bawah nak satu satu set pink, kasut, seluar, baju, beg, topi, hair clip, semuanya pink. Haha gegurl nyewww. 


Kasut roda satu haha



Ehem okay gaiss sampai sini jela aku boleh cerita. Kalau nak cerita semua, jadi novel pulak nanti. #throwback masa kecik2 dulu. Tetiba rindu. Hehe. So, apa yang korang rindu masa kecik2 dulu? Meh share sikit  














2 comments: