Wednesday, August 13, 2014

It's been awhile.





Assalamulaikum semua, rasanya memang dah lama sangat tak update blog ni. *fuhh fuhh tiup sikit habuk*. Atas sebab-sebab yang tertentu aku terpaksa stop aktiviti ber-blogging ni. So sekarang ni aku kembali aktif. Hehe. 

Tahun 2014. Macam mana dengan hidup aku sepanjang tahun ni? Setakat ni ok-ok jela, emm apa-apa pun aku bersyukur dengan semua ni. Awal tahun, semuanya ok. Tapi biasalah hidup ni tak sempurna tanpa dugaan dan ujian kan. Pertama, aku down sikit sebab tak dapat upu dan mana-mana universiti. Kolej swasta berlambak dapat, tapi bak kata boss merangkap Cikgu Rosli nak daftar kolej swasta ni kena bawak duit satu guni *PAAPP! terus dapat masuk. Haha. Kita tunggu je lagi maybe second intake ni dapat kan. Kalau tak dapat mana-mana tempat baru kita masuk swasta. Gituww. 

Kedua, biasalah bebudak baru habis SPM, berjalan ke sana ke sini lah ko. Hehe. 3 hari lepas exam, aku terus berjalan ke Penang. 4 malam kat sana. Hari pertama pergi Bukit Bendera dengan family maksu.  Huihh memang best habaq hang, nak naik Bukit Bendera dengan train.



Bayangkan masa nak turun bukit tu, feeling adventure betul. Masa nak naik tu telinga berdesing sikit, biasalah kan naik tempat tinggi.




Ni namanya buggy. Kalau korang nak pusing-pusing tengok pemandangan memang sesuai sangat naik ni. Kalau tak mau patah kaki T.T






Actually boleh nampak jambatan Pulau Pinang yang kedua dari sini, masa ni under construction lagi. Cantik kann, sejuk pulak tu feeling overseas kah kah





Hampir 4 jam jugaklah jalan-jalan kat atas ni. Fuhhh



Yang ni pulak masjid pertama yang dibina di Pulau Pinang. Singgah sini jap solat.




Fort Cornwallis.

 Chicken tandoori & cheese naan
The best part is food lahh of course! Simply the best tandoori chicken ever.

Lepas 4 hari kat Penang, pergi Taman Tasik Taiping pula. Rehat-rehat sambil melihat keindahan ciptaan Allah. Ecehh



The scenery. So beautiful. Peaceful.


Lepas tu terus pergi Selangor, kampung halaman ku, Sungai Buloh. Balik je Melaka penatnya jangan dikata. Tapi ni salah satu cara lepaskan tekanan lepas bertungkus-lumus dengan SPM kan. Enjoy dengan cara sihat gituww hehe. Actually banyak lagi yang tak diceritakan, tapi nanti panjang pulang nak cerita satu-satu ye tak. Haha cukup ni je yang aku boleh share. 

And yes, baru sekejap ni aku mohon UIA foundation in Architecture . Hmm Insha Allah dapat, doakan Siti Maryam dipermudahkan segala urusan. Amin. Chance tu mungkin ada, usaha dah. Tawakal jela Maryam. Doa. Ummi pun pesan setiap pagi buat solat dhuha, minta semoga segala urusan dipermudahkan. Kalau dapat, buat sujud syukur T.T






3 comments:

  1. Wow nice trip!

    ReplyDelete
  2. Saya pun dah pergi Penang memang best sangat ! Rugi kalau tak pegi Penang tapi tak rasa makanan dia ;)

    ReplyDelete
  3. @sophealee kannnnn. Makanan tu yang penting ;P

    ReplyDelete