Thursday, August 21, 2014

MH17 : 22 Ogos Hari Berkabung Negara





22 Ogos ialah hari berkabung negara sempena mengingati mereka yang terkorban di dalam tragedi MH17. Istiadat penghormatan jenazah diadakan pada waktu itu bagi menyambut ketibaan jenazah berkenaan.

6 daripada 24 jenazah tragedi MH17 yang telah dikenalpasti identiti mereka oleh pihak berkuasa Amsterdam dijadual tiba di tanah air pada hari yang sama. Daripada 16 jenazah yang tiba, enam beragama Islam manakala 10 lagi bukan Islam. Bagi menghormati perasaan waris, nama kesemua jenazah mangsa yang dibawa pulang tidak akan didedahkan sehingga tiba di tanah air - MLP News

Bagi yang beragam Islam digalakkan membaca Al-Quran. Digalakkan juga memakai pakaian yang gelap/suram tanda menghormati apa yang telah terjadi. Hentikanlah segala hiburan buat sementara ini.

Dugaan Allah. Sebaknya bila fikir kalau terjadi dekat dalam keluarga sendiri  Semoga semuanya selamat. Al-Fatihah.













No comments:

Post a Comment