Thursday, August 14, 2014

Workout itu perlu ke?



Hai semua. since duduk rumah je aku decide lah untuk workout setiap hari (setiap hari ke) konon-konon nak turunkan berat badan. Tapi alhamdulilah setakat ni berjaya lah turun 5 kg hahaha. Nak diet tak semestinya kena berlapar. Sarapan tu penting tau, even ramai yang aku kenal tak suka breakfast. Kawan-kawan aku pun ramai tak suka ambik breakfast. Roti dua keping pun jadi lah untuk alas perut. Jangan tak ambik langsung.

Okay back to the title, tak semestinya bila workout je kena pegi gym. Hello, buat sendiri pun boleh. Rutin harian aku, bangun je tidur, terus minum air kosong satu cawan. Kalau aku memang dah sediakan satu botol besar kat sebelah, sonang. Lepas kemas2 rumah mesti lah berpeluh kan, kira warming up lah tu. Baru aku start dengan skipping. Biasanya aku buat 200 jump. Lepas skipping, squat pula. Dalam 100 kali, lebih lagi bagus. Squat ni senaman yang bagus, boleh kempiskan perut, kuatkan kaki and kepada perempuan nanti butt cantik je tauu. 




Senang je kan. Tapi aku lebih suka sambil  pegang dumbbell. Lepas tu baru aku buat sit up, yang ni pun sama boleh dapat flat stomach. Lepas buat ni setiap hari alhamdulilah perut kempis je uols tapi struggle kena lah rajin T.T




Kalau nak lebih berkesan, korang ambiklah fat burner. Makan sebelum 30 minit workout. Tapi hati-hati, Jangan beli sebarangan fat burner. Tengok dulu ingredients dia, kalau dia tulis 'gelatine' maknanya tu gelatin babi (tettt). Aku suggest kan beli fat burner lipo 6. Memang bagus, bahan-bahan dia semuanya dari tumbuh-tumbuhan. So tak ada keraguan.



Yang ni macam aku punya. Sepupu aku pun suruh ambik ni, sebab dia pun gym trainer kan so banyak ambik tips dari dia hihi. Thank you Ayongss!





Dan SEMESTINYA! Minum air dengan banyak. Bila kita workout, badan kita perlukan air yang banyak untuk ber-hidrasi. So kalau badan kita kekurangan air, macam mana dia nak ber-hidrasi kan, lemak pun susah nak cair nanti. Minum lah 2-3 botol pun tak apa. And lagi satu, jangan sesekali minum air sejuk lepas makan. Tunggu setengah jam selepas makan baru boleh minum, minum air masak. Minum selepas makan boleh buat perut kita buncit. TIPS lain, jangan amalkan tidur siang. Badan tak sihat, berat badan pun bertambah. Kalau korang mengantuk sangat tidurlah 15 minit. Ambik nap. 



Kalau korang rajin buat lah smoothie ni. Kalau pegi Mahkota Parade selalu beli Big Booster tu, tapi mahal. Baik buat sendiri kan, lagi jimat, lagi puas hati. Memang sangat elok and sedap! Tak semestinya pisang, kadang2 aku buat mangga and berri. Minum ni satu cawan je lepastu kenyang gila. Tak payah makan nasi dah. Cara buat dia senang je, letak ice cube, susu, madu and sedikit peanut butter, and blend until smooth! Siap.

Apa ingat perempuan bertudung tak boleh tough ke haha. Yang penting usaha berpanjangan and RAJIN! Dulu aku pun tak kisah dengan semua ni, nak start tu memang susah, tapi lama-lama benda ni jadi hobi. Hobi yang sihat kan? Dapat kekalkan kesihatan, Insha Allah sampai hari tua nanti badan sihat je hihi ;D







No comments:

Post a Comment