Saturday, December 06, 2014

Hati.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kekadang kan kita manusia ni tak mampu nak meluah. Haa mcm akulah, nak terjemahkan situasi yg sedang kita lalui dalam bentuk perkataan ataupun ayat memang susah dan sebenarnya cukup susah.

Kekadang ayat itu sendiri masih belum mampu untuk menggambarkan bagaimana perasaan kita ataupun situasi kita.

Hebatnya kuasa Allah anugerahkan kita air mata yang mampu menjadi peneman hidup di saat kita sukar, di saat kita susah, di saat putus asa ataupun di saat kita jatuh.

Ajaibnya air mata,

Kau tak payah luahkan apa-apa, menangislah sepuas hati kau. Bila kau dah penat menangis, bila kau dah berhenti menangis, tau-tau je dtg perasaan 'lega' dlm hati kau. Pelik. Tak perlu luahkan pada sesiapa, tapi kau dah mampu untuk rasa lega.

Sebab itu aku pilih utk menangis drpd meluah. Tak perlu kau cerita kat sesiapa tapi air mata kau sendiri mampu faham perasaan kau. Makin banyak kau menangis, makin kau akan rasa satu perasaan lain yg akan timbul dalam diri kau iaitu perasaan 'kental' .

Hmm.

Sebab tu orang selalu cakap, "orang yang banyak menangis ni adalah org yg kuat". Tak perlu diceritakan pada sesiapa tapi masih mampu berdiri dgn kaki sendiri utk menghadapi bermacam-macamcabaran.

Jangan harap pada manusia untuk jadi kuat, tapi berharaplah pada Allah untuk diberi kekuatan.

Berhentilah mengabaikan Dia. Wujudkan Dia nombor satu di hati kita. Di situ nanti kau akan menemui kekuatan. Kau tak akan gentar biar apa sekali pun musibah yang Allah kurniakan. Di situ jugak kau akan sedar, kau tak bersendirian di dunia ini dan kau akan sedar kau cukup kuat walaupun kau sebatang kara di dunia ini.

Selangkah kita mendekati Allah, beribu-ribu langkah Allah akan mendekati kita.

Sentiasalah beringat dgn maksud firman Allah;
"Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, dan ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya." -Surah Al-Baqarah, ayat 286.

InshaaAllah, kau akan kuat.

Wallahu'Alam.



No comments:

Post a Comment