Saturday, February 20, 2016

Seminar Zhulian: Avillion Legacy Hotel

First time aku menghadirkan diri ke seminar yang besar dalam zhulian. Selama ni cuma pergi kelas malam je dekat Seri Kembangan. Aku memang tak minat sangat dengan bidang macam ni. Tapi, lama-lama makin suka pulak. Seronok dapat tambah ilmu, pengalaman, dan kawan-kawan. Dulu aku tak pandang langsung dengan zhulian ni, tapi taktau macam mana boleh terjebak hahaha. Mungkin pengaruh dari auntie, dia antara orang kuat dekat cawangan Seri Kembangan. Selalu ajak aku pergi kelas. 




Sampai-sampai je dalam hall, seminar dah start. Lambat sikit sebab singgah solat zohor. And first talk dari Professor Dr. Azhar Mat Esa which is memang sangat-sangat best. Aku ni jenis cepat bosan kalau dengar talk or ceramah ni semua tapi cara prof ni sampaikan sangat berkesan and setiap minit ada je benda yang boleh buat orang ketawa. Prof ceritakan tentang masalah kesihatan, lifestyle dan cara pemakanan kita nowadays yang menyebabkan masalah kolestrol, lemah jantung dll. Secara tak langsung, aku dapat belajar pasal sains jugak. Mostly kalau cakap pasal zhulian semua orang akan cakap "eh, zhulian tu bukan barang kemas ke?"  "eh ada lagi ke orang pakai zhulian ni" memang ayat yang selalu aku dengar. Actually zhulian jugak lebih cenderung ke arah produk kesihatan dan kecantikan.


The Hall

Ramai testimoni yang aku tengok depan mata sendiri, dari yang terlantar sakit atas katil, lepas consume produk ni terus boleh berjalan, ber-jogging. Banyak kata-kata positif yang menaikkan tahap self-confidence aku bila hadirkan diri ni. Bila dikelilingi dan bercakap dengan orang postif ni automatik diri kita pun jadi positif kan? Maybe aku patut hadirkan diri selalu lagi lepasni, walaupun tak aktif sangat. Nak mulakan sesuatu tak semestinya perlu ada skill, pro dan sebagainya. Satu langkah pun dikira proses. Semuanya bermula dari bawah. Slowly but surely.


View beside the hall, saja bagi gambar banyak supaya tak boring dengan ayat xD
p/s: tak sempat snap, kita google je

Antara slide show Professor Azhar yang kreatif untuk di-explain dan bagi semua orang faham. Which is, kalau nak cakap direct nanti 18sx pulak. So ini adalah alternatif lain






Literally made my day haha. Dari segi sains, islam semua masuk. Cara-cara nak tahu usus kita ni sihat ke tak, berapa usia jantung kita. Adakah lebih tua dari umur kita? Cehh macam iklan. Sorry for the bad quality of camera, lighting agak gelap.

Lucky draw, dan macam biasa aku tak pernah kena pun T.T

My whole family sebenarnya pengguna zhulian. Bermula dari auntie, and then ummi. Seriously untuk perempuan kat luar sana yang nak maintain dalaman, ISO firm is the best. Cousins yang susah nak makan benda-benda macam ni pun dah melekat, terus jadi pengguna setia. Abah sebelum ni pun ada masalah sakit kaki yang kronik, tak boleh duduk lama-lama, tak boleh melasak. Sekarang dia dah boleh main tennis, badminton balik berjam-jam lamanya and tak ada rasa sakit apa pun! Tudia penangan B'young. And abah kembali aktif berkebun dekat belakang rumah, "Orang baru dapat kaki balik" bak kata ummi xD My grandma yang umur 68 tahun pun still boleh berenang like a pro (i don't even know how to swim) This is not a joke okeyy haha. Ahhh there's so much to share actually. But aku takut pulak entry ni karang penuh dengan gambar dan merepek yang berjela-jela. Akhir kata, dari apa yang aku pelajari,

Kesihatan memang tidak boleh dijual beli. Jagalah sebaik mungkin, kerana ianya tiada ganti. 

Wasalam :)

5 comments:

  1. setuju deh sama kamu dan juga sepakat serta mufakat. terima kasih untuk blogwalking nya. sangat bermanfaat tulisan ini.
    omegle indonesia
    soundclound indonesia
    Yelp indonesia
    askfm indonesia
    fanpage indonesia

    ReplyDelete
  2. dulu ada kawan memang selalu consume zhulian and I can it is very good.

    by the way, the place is so nice !

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawan scya consume produk apa? collagen? hehe. i know right, rasa nak tidur situ je tapi rumah dekat je membazir pula xD

      Delete
  3. ingatkan zhulian tu produk barang kemas je.. produk kesihatan meh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, semua ada. Ubat gigi, syampu, bedak, lipstick, banyak lagi lahhh hehe :)

      Delete